Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Thursday, October 21, 2010

::Chiangmai trip >> mama sedih ::


Salam...

Agak busy pagi ini dari pagi lagi.... dengan orang nak beli holder id.alhamdulilah rezeki.
keja pun hari ini juga functional nk update...
sekian lama berminggu mama tanya daddy pasal chiangmai trip tupperware yang daddy kena attend akhirnye ....
arini terjawab sudah.. daddy akan pergi lepas raya haji....
21hb to 24hb nov 2010.
Edd mama 12.12.2010..... agak2 sempat tak mama bersalin bulan 12 ye??
emmmmmm
daddy : berat hati abang....



pic : from pakcik Google.


::Contest Teka Harga Cermin::



Jom kita buat tekaan click sini

Tekaan pertama 21 hb oct 2010

RM 159.90


Tekaan Kedua 22 hb oct 2010

RM 179.90

Tekaan Ketiga 23 hb oct 2010

RM 145.50

Due : 23/10/10 (jam 23:10)

RESULT :
Ahad (24/10/2010)


Wednesday, October 20, 2010

::PAPA & BABY CONTEST ! !::

contest lagi...hehehe kali ni ngn daddy plak. ok....


sape nk join bole click pic or sini




Nama Papa : Johan Pinto
Nama Baby : Amir Adlan Pinto

Umur Baby: 1 tahun 3 bulan



Tarikh Tutup :
14 November 2010





Tuesday, October 19, 2010

::MyVi SE hitam gerak sendiri ::

salam...

Tajuk cam seram je kan..huhuhu
teringat masa belajar kat uniten dulu pernah bawak kereta abang gee wira... pastu ada budak lelaki ni nama dia Bala.. tetiba je kat kelas dia ckp.. " weii korang nk tau tak dalam uniten ada kereta wira gerak sendiri"... memula aku cam tak perasaan.. dh diulang byk kali br aku paham dia perli aku laaa... mana tak nye klu ikut dari belakang wira tu tak nampak kepala pemandu. sbb tu diorng ckp kereta wira jalan sendiri... yelaaa magic jgn dengki laa ngn aku... tau la aku ni pendek. so bila driver tak nampak laa kepala dr belakang. senggal nye Bala..

Teringat kisah tu pagi ni... hari ini johan ada training tupperware, so aku kena driver sendiri ke tempat keja. rasa2 dulu masa mangandung amir bila perut dh besar tak pernah kot driver sendiri.tak da masalah bagi aku nak driver sbb aku lama tak drive dh biasa dh. pagi tadi mummy ada suh bawak kereta altis auto senang skit.. tp tak berani laaa kereta pak mertua...
memula masuk kereta dh berlangar perut ngn stereng kereta.. try adjust.. kaki plak sat gie tak sampai.. pastu try adjust sandar kan kerusi.. emmm ok.. maksimum panjang tangan diperlukan utk drive hari ini dan maksimum kaki kiri diperlukan utk jijak clash. hoohoho
sian adek asyik kena langar ngn stereng.. bila mengeras laaa.. mama dh pesankan hari ini kita drive kereta kena behave... nasib baik adek tak keras teruk2.wahahahah
bila dh sandar dgn maksimum mesti laa kepala aku akan turun kebawah lagi.. tu laa teringat diolag Bala masa belajar kat uniten dulu.
ni lain skit laa sbb johan nye kereta MyVi SE hitam... bergerak sendiri menuju ke KL dari BTHO. ohhohoo.... macam ne laa blk nnt..... alhamdulilah sampai ngn selamat. blum kul 8 pagi dh sampai ofis.. syok sungguh...hehehe


macam ni laa adek dlm perut mama sekang.. sori ye adek.. nnt kita suh daddy tukar seteng bagi kecik skit tak da la langar adek kan.ekkekeke




Monday, October 18, 2010

::Nuffnang BE ::

salam...

Alhamdulilah.... Nuffnang aku dah ada BE (Buffer Earning)...hehehehe




Walaupun tak pernah lagi dapat cash out mcm blog org lain.. nape aku gembira sgt..:P
terima kasih pada kak anje ♥ KaU tErCiPtA uNtUkKu ♥ yang banyak share pasal nuffnang.. setelah beberapa hari belajar tutorial kat blog kak anje... minggu ni blog makcik dh ada BE...
yeahhhhaaaa!!!!!

Orang lain dh dpt banyak dh aku br dpt satu BE dh kecohkan.. biar laa sape nk kate ape... ada aku kesah....... emmm nnt nk tambah2 lagi dekat biodata tu mcm tak cukup lagi tu....

ok.. end....

Thursday, October 14, 2010

::Alahan kepada protein susu lembu (APSL) ::

salam..

Rasa terpanggil untuk berkongsi ngn rakan2 tentang APSL.
Sabtu lepas saya ada buat status di Facebook :




ada kawan yang bagi message pada saya untuk ingatkan saya bawaha soya tidak elok untuk anak lelaki kata nye. raya lepas saya ada ke rumah kawan pun berkata begitu kate nye dalam soya ada hormon estrogen. saya rasa terpanggil untuk membuat research dan berkongsi ngn kawan. kepada sahabat saya yang bagi msg terima kasih....


memula kita tgk kenapa baby alah pada protein susu lembu...


Susu ibu: ada lah susu terbaik antara semua susu2 didunia... itu tidak dapat dipertikaikan lagi.
tapi atas sebab2 tertentu ibu tak dapat meneruskan menyusu terpaksa pasrah dah mencuba susu formula...

Susu formula:kita akan mula memberi susu formula dr susu lembu pada anak2 kita kerana mempunyai kandungan protein yang lengkap. tapi apakan daya macam anak saya Amir tidak dapat menerima susu lembu. pertama kali bagi dia minum habis 4 oz lepas 45 min dia muntah , mata merah dan bengkak2... muntah yang kena pada kulit menyebabkan amir bengak2 satu badan. cepat2 saya mandi kan... mmg dia tak selesa sangat.. menangis tak berhenti.. masa tu susu badan masih ada tapi tak begitu banyak. alhamdulilah dia tertido lama juga baru slow2 hilang bengak2.. mmg bertakung juga air mata lihat anak kecil sakit begitu.. masa itu umur amir 9 bulan. saya mendapatkan nasihat dari doctor... supaya mencuba susu soya isomil... tak ramai baby yang APSL mungkin pada umur 3 tahun sistem imunisasi badan akan kuat dh bole terima susu lembu.
Apabila amir berusia 1 tahun saya cuba lagi bagi sampel2 susu fm berasaskan susu lembu... tp masih sama.. mulut mula bengkak. mata mula gatal... nagis muntah...ushhhhh
skrang dh 1 thn 3 bln saya cuba lagi... sbb dia bole plak makan cheese dh banyak makanan dia mkn ok.. so sy cuba lagi.. masih sama , selasa lepas daddy beli biskut cheese mula mulut bintat merah n garu2 mata... aduhhhh.....ai....

Peringkat pertama, reaksi APSL segera, iaitu alahan muncul secara tiba-tiba selepas 45 minit meminum susu.

Antara gejalanya termasuk kolik, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, ekzema, sesak nafas atau bersin.
Reaksi di peringkat yang kedua muncul antara 45 minit hingga 20 jam setelah meminum susu lembu, yang mana antara gejalanya ialah muntah dan cirit birit.

Manakala reaksi lambat pula ialah gejala alahan muncul 24 jam selepas meminum susu seperti cirit-birit, ekzema, sesak nafas dan bersin.

Alternatif terbaik untuk diberikan kepada bayi atau kanak-kanak adalah susu rumusan berasaskan soya yang telah digunakan bagi menggantikan susu lembu sejak tahun 1909 lagi.
Pada tahun 1929, rumusan berasaskan soya telah digunakan sebagai rumusan gantian bagi kanak-kanak yang menghadapi APSL.


“Namun, dari segi nilai pemakanan, susu rumusan berasaskan soya kaya dengan nutrein penting yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

“Sumber protein rumusan berasaskan soya dikenali sebagai asingan protein soya. Ia merupakan protein berkualiti tinggi yang dapat membekalkan sembilan jenis asid amino yang penting bagi memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak,” kata Farah Diba Khan dari Pusat Perubatan Menara Berkembar KLCC.


Soya ada hormon estrogen ????


para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:

* kembung perut,
* kekurangan asid amino,
* kerosakan pankreas.

disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang.


maka nye soya yang dlm kotak tu tak elok...

kena laa buat sendiri air soya atau beli ngn orang jual kat pasar malam ke kan..

klu betul soya tak elok..... kita tak leh laa makan tempe n kicap itu pun berasaskan soya kan...

Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially).tapi tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian.

ini apa yang saya faham dari research saya... waAllahmualam.....

sumber : http://abimuslih.wordpress.com/2008/11/12/susu-soya-bagi-bayi-alahan-protein-susu-lembu/
http://farhanisblog.blogspot.com/2010/09/ada-sesape-yg-suka-soya-di-sini.html



Wednesday, October 13, 2010

::Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen::



Saya di tag oleh puan huda utk lucky draw ini.
mmg tgh mood GA , contest ni tambah 1 lagi luckydraw plak layan...

Lucky draw ni sempena birthday CT ..... bole lawat blog ni Naufal N Nureen
untuk syarat2 yang lain... klik sini


Saya nak Tag : kak yatie dan kak alycia

jom kita join sesama..hehehehe

Tarikh Tutup: 25 Oktober 2010
ada masa lagi meh laa join.
Blog Widget by LinkWithin

::Mama jadi penaja contest::