Tuesday, October 20, 2009

PRINCESS ERYNA’S GIVEAWAY – SI KECIL DAN PAKAIAN RAYA

Stick mode..entry biasa sila scroll kebawah..tq


salam...waaa dah gila plak mama dengan giveaway.hehehe (*huda la ajar ni..:P love u friend..xoxoxo*)

waaa terjumpa kat blog zaikulim giveaway baju raya lagi...Amir ape lagi jom kita meriahkan la Princess Eryna Giveaway. Yang di anjurkan oleh mama Princess Eryna.Hadiahnye sangat menarik...sape nk tau hadiah ape...klik sini Princess Eryna.
Jom ramai2 join giveaway ni...jangan simpan2 gambar anak bergaya di hari raya...

syarat2 peryertaan :

1. Sertakan gambar anak anda sedang memakai pakaian raya dan ceritakan tentang gambar tersebut. done

2. Penyertaan terbuka kepada anak-anak kecil yang berusia 0-3 tahun. Amir berusia 3 bulan

3. Link to blog Princess Eryna in your entry and add my blog in your bloglist : http://akudiazahraa.blogspot.com/ (no link back will be disqualified) done

4. Anda boleh menghantar beberapa gambar yang anda suka tetapi hanya 1 gambar untuk 1 n3. ada seorang je anak..1 je la pic

5. Tinggalkan jejak anda di blog ini sebagai bukti penyertaan. done

6. Pemenang akan dipilih oleh juri-juri yang dilantik… moga2 ada rezeki en Amir

7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Oktober 2009 tepat jam 12.00 tengahari. Hari ni baru 9 okt 2009..layak2

8. Hanya 3 pemenang bertuah sahaja yang bakal mendapat hadiah utama. ( Mungkin akan ada hadiah extra... bergantung kpd mood penaja bersama) - hadiah2 semua didatangkan dari Sabah. suka laa mutiara ni..cepat Amir baca doa..


"jemput makan kuih raya tu" kate amir..

Salam Aildilfitri...

Nama saya : Amir Adlan Pinto bin Johan pinto

Usia saya : 3 bulan 6 hari.


Waaa cantik bergaya anak mama berbaju melayu johor..gambar ni mama ambil masa pagi raya lepas daddy baru blk solat raya. sebenarnya baju ni mama beli besar..tp anak mama kan badan besar..cuma ketinggian je tak tinggi..heheheh maka kaki dan tangan telah di lipat dan jahit..tu la sesuai je..dapat plak cari warna gray sama baju ngn mama..tercapai hasrat nak beraya sedondon.tgk la Amir bergaya macam orang dah umur 6 bulan je kan..masa raya tu dia baru 2 bulan lebih....hensem kan anak mama seroang ni.heheheh




Monday, October 19, 2009

MANGSA BULI CONTEST

Stick mode sampai 19 okt 2009





Yeah..second contest...ehh sama kan contest n giveaway...ehhehe
duit raya mama buat dapat mama bagi amir.so contest ni mama pertandingkan picture
amir..klu menang hadiah dapat dekat mama..kira adil la kan amir.heheeh
Kebetulan ada picture mama n daddy buli amir bulan puasa baru ni.
ape lagi mari kita join MANGSA BULI CONTEST yang dianjurkan oleh MoMMy Qastalani.
hadiah dia menarik perfurme mahal lagi.


Amir kena buli
Nama : Amir Adlan Pinto Bin Johan Pinto
Umur semasa gambar diambil : 2 bulan

Al- kisah gambar diatas....

Amir klu dah poopoo (buang air besar) mesti nak cepat2 suruh gantikan pampers dia.
amir geli ada najis dlm pampers dia.heheheh...sebelum pergi umah kak nor kami singgah di Guardian cari sabun mandi untuk amir.tengah jelajah dlm guardian dengar vibrate besar dr amir..."aduh amir dah buat kerja la", daddy cakap."nak buat mcm ne nnt sampai rumah kak nor la kita tukar ",mama cakap dekat daddy. alaa dekat sangat je guardian ngn umah kak nor.masuk kereta dia dh start meregek.minta tukar pampers.masuk rumah kak nor je tak sempat ape dah nagis2...sementara nak tunggu daddy amir beg diapers amir..mama buka baju dia..dia nagis. mama dukung amir sambil buka buka baju tak habis td.tetiba dia senyap bila baju lekat dekat kepala.saje mama biar baju tu tergantung dekat kepala dia.terus dia buat muka blur .daddy cepat2 snap picture muka amir blur kena buli dengan mama.lepas tu baru sedar kut..
teriak la dia.hahahah..
macam kejam je buli budak baru kenal dunia.hehehe


Ye..kepada semua bloger yang menetap di Malaysia (antara 2 syarat teratas)
mari kita reramai join contest ni..memeriahkan lagi contest MANGSA BULI CONTEST yang dianjurkan khas oleh MoMMy Qastalani. klu anda tak da anak pun bole join juga guna picture anak saudara, adik kakak di bawah 7 tahun.Hadiah nye sangat menarik iaitu :
Miniature Anna Sui Night of Fancy dan Miniature Anna Sui Live Your Dream.
hebat kan perfurme mahal..sape nk bagi sesenang weit...hehehe
contest ni dibuka sehingga tarikh mati nye pada 19 October 2009 jam 9 am.
Hanya 2 orang pemenang akan dipilih...sape la yang bertuah..mungkin juga anda.ape tunggu lagi..jom buat entry..syarat2 dia anda bole rujuk di sini MANGSA BULI CONTEST.


p/s: moga ada rezeki amir untuk menang contest ni.hehehehe amin..
Sunday, October 18, 2009

@ Si Comel Berbaju Raya Contest

~Update!!! Sticky Mode sampai 18 okt 2009~

waaa..skali join sampai 3 contest..blasah..mana tau rezeki en Amir. Kebetulan plak Amir ada picture pakai baju melayu raya ni.contest Si Comel Berbaju Raya Contest ini di bawa khas oleh BabyIbu ibu Ammar.Hadiah2 untuk Si Comel Berbaju Raya Contest ditaja khas daripada :

Gin & Jacqie,

eoe Online,

leanalittleshop,

Sherry,

TH, Mia

Niko

Syarat Penyertaan

  1. Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda done
  2. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini done
  3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda done
  4. Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) done
  5. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya done
  6. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) done
  7. Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. done
  8. Klik sini untuk Q &A
Picture Amir yang mama rasa hensem lagi bergaya adalah .... picture dibawah ni.

Amir tunggu daddy bagi duit raya.

Nama saya : Amir Adlan Pinto Bin Johan Pinto
Umur saya: 3 bulan 5 hari

Tahun ni semua gray.heheh berjaya mama cari baju Amir warna gray juga.tp terpaksa jahit tangan n kaki...(anak awk tu kecik lagi mana ada size ..:P)
baju ni size paling kecik..kira2 umur 6 bulan camtu..anak mama masa raya baru 2 bulan lebih.ehehehe...ketayap or songkok tak da la..next year mama cari.

Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway


STICKY MODE smp 14 oktober 2009




Salam syawal...dah 18 syawal hari ini..maka abah telah tinggal kan kami 14hari.

ini adalah first giveaway yang fariza join.saje menghiburkan hati yang sedih.

mmg dah lama teringin nak join giveaway..so tq to MamaTisya kerna menganjurkan giveaway ni.bole tambah duit amir.lagi pun blk kampung tak pegi mana sangat...menghormati permergian abah tercinta. ok jom tgk syarat2 nye.

syarat-syarat yang perlu dilakukan:


  1. Terbuka kepada smua blogger.
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di sini
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
MamaTisya Duit Raya Giveawaybermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009tepat pukul 5.00 ptg.Hanya 5 org yg bertuah sahaja akan terpilih..moga ada rezeki untuk Amir. lagi pun mama tak payah pening nak pilih gambar untuk upload.MamaTisya tak minta gambar..senangkan..jomm ramai2 join...

Monday, October 5, 2009

:: Perginya Abah Tercinta Di Adilfitri ::


4 syawal 1430H bersamaan 23hb september 2009....Kembali la Abah Tuan Haji Yacob Bin Adamsah keramatullah.Abah milik Allah kami hanya pinjam sekejap...Terima kasih Ya Allah kerna kurnia kan kami seorang abah yang periang, bertanggungjawab dan baik hati.. rindu rasa nak dengar jenaka abah...

Allhamdulilah...abah pergi dengan tenang ..semoga abah di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...Ya Allah lapangkan la kubur abah dan rahmati la roh abah..masuk kan la abah dalam Syurga Mu yang indah..serta berikan la abah keselesaan dan ketenangan dia sana..Amin.

Abah..demam petang raya pertama.hari raya kedua dia rasa sihat skit ..pergi tahlil untuk jiran dah pergi hospital tgk tok teh. petang raya kedua mula demam kembali.malam raya kedua aku sampai rumah abah dah tak sihat..salam cium tangan n cium pipi abah macam sedar tak sedar je.tp dia tahu aku balik..mak cakap. baju raya aku beli abah pakai pada petang raya pertama..tak dapat tgk pun.tp masa bagi baju tu aku dah minta dia try baju tu...kate nye.." awat baju ni tangan panjang".."ehh jaja beli lengan pendek laa" abah jawab.."memamg la lengan pendek, tangan abah yang panjang" aduh terkena aku..hehehe (petang last day pose).
malam tido banyak kali gak aku jaga dengan abah meracau..mimpi.pagi bangun check suhu ok..demam skit..Bp rendah mungkin dh muntah ..minta check darah utk diebatis abah tak mau..
pujuk punya punjuk..mau juga abah ke klinik.doctor masuk air, tp bila buat ECG doctor ckp jantung abah lemah..doctor dah call ambulance dr hospital taiping untuk ambik abah.abah terus masuk wad kecemasan bahagian kritikal..lama duk situ..degupan jantung abah rendah sangat.duk masuk ubat untuk buka injap yang tersumbat.ada 4 injap, 3 dah tersumbat..
pukul 4 lebih baru masuk wad CCU..sedih tgk abah banyak wayar..tangan pun bengkak skit..

aku teringat nak bagi duit raya kat tangan abah sendiri.allhamdulilah sempat aku bagi..kate abah..bagi la dekat mak buat pe bagi abah..tak mau jaja nak bagi kat abah jugak.mak mertua n bapamertua aku yang on da way balik Kl patah balik pergi tgk abah dekat CCU.malam acik dengan izhar jaga abah..tido malam abg gee, abg shuk n anak buah aku jaga. klu aku x da anak kecik..rasanya nak jugak aku tunggu malam jaga abah.maaf kan jaja abah..

Pagi raya ke 4..aku pergi pasar...mak dah g hospital.pastu ada yang lain plak pergi tgh hari..ptg aku punya shift plak pergi..klu nak pergi mesti ada org lain yg bole jaga amir kan..amir tak leh bawak pergi hospital.mak balik nk solat n mandi..kak yong je ada jaga abah.aku pun bergegas la dengan johan pergi hospital..tp kena g umah mak cik ambik air 7 masjid kate nye.malam td ada minta orang surau baca yassin untuk abah..yelaa untuk bagi abah sembuh..sampai je depan umah mak cik..kak nor call kate abah tak sedar diri..aku pun cari jalan pintas nk k hospital.raya2 ni jem..taping tu.tengah jalan dapat lagi call dari kak nor.." jaja abah dah tak da..." aku tak percaya..meracau2 la aku mcam orang tak sedar...johan pujuk pun dia yang kena marah..maaf kan saya abang..entah...la tak dapat gambar kan apa yang aku buat masa tu..kejap sangat abah dah pergi..adik bawak ubat untuk abah..nape abah tak tunggu adik datang...adik baru balik raya dengan abah..adik tak da gambar raya lagi dengan abah..tahun ni adik raya ada amir dengan johan..adik dah ada family kecik..tgk org lain ada gambar raya dengan abah..jatuh lagi air mata ni. aku sampai tgk abah dah tutup mata..tak gerak dah...lemah lutut nak pengsan rasa nya.

Datang seorg nurse masa aku dengan mak dekat kaunter..dia cakap.."saya ada masa pak cik habis..adik jangan sedih sangat..abah pergi senang je..elok sangat..tak da tarik2. dia minta air dekat saya..saya tanya nk makan roti..dia x mau nak minum je.saya buat 1 gelas susu panas..dia minum sampai habis duduk..pastu dia baring sendiri katil tu guna remote..perlahan2 dia tarik nafas macam org tido..masa tu saya ajar dia cakap Allah ..Allah..dia dah senyap.pastu habis macam org tido je"...Ya Allah terima kasih ambik nyawa abah dengan begitu mudah... Nasib abah dekat muka bumi ni dah tentu..nasib kita yang hidup blum tahu macam mana..mulut ni tak berhenti baca fatihah dan surah al iklas.teman abah pergi lalu bilik mayat..tunggu van jenazah..aku naik sekali van..peluk kaki abah sampai rumah.malam tido kejap..teman abah baca yassin dan Al-quran.

raya ke 5.. mandi kan abah di rumah..usung abah ramai2 k surau ..allhamdulilah ramai yang sembahyang kan jenazah abah..terima kasih semua.dalam pukul 11.30 pg macam tu abah selamat di semadi kan di tanah perkuburan Assam kumbang, taiping perak..

Usia abah 70 tahun..Allhamdulilah..dapat selesai kan tanggungjawab sebagai seorang abah..aku anak bongsu dia sempat dia wali kan hari raya ke 3 tahun lepas.sempat bela aku n amir dalam pantang..sempat tgk cicit sulong anak izhar..sempat ke mekah..dan bergelar Haji.. Allahamdulilah...terima kasih Ya Allah...

Ya Allah panjang kan la usia mak.tabah kan la hati mak untuk meneruskan kehidupan tanpa abah disisi..berikan la mak kesihatan dan kekuatan..mak jarang berpisah dengan abah..tido seorg pun jarang..depan kami adik beradik mak nampak kuat dan tabah..belakang kami..dia duk seorg berlinang air mata..aduh hai..
sabtu lepas aku balik ke KL dengan kaknor..sebelum tu singgah kubur..sempat aku dengar mak mengadu ..."hari ini anak2 semua nak balik dah..tinggal Yang seorang "...cepat yong peluk mak, "yong ada jaga mak..mak..." aduh berat hati aku, kak nor n acik nak gerak...

Amir.. baik..sangat masa jenazah di rumah..macam2 faham2 je dia.. amir demam n selesema skit ..smlm pergi klinik doctor tak mau cucuk lagi..Amir dah 3 bulan..
Johan demam juga..Allahamdulilah sabtu lepas 3 okt 2009 ulang tahun perkahwinan kami..
tapi klu ikut kan 3 syawal..
4 syawal 1429H orang ramai datang rumah kenduri aku kawin..4 syawal 1430 H tahun ni ramai datang rumah berduka...waaa sangat mendalam permergian abah bagi aku..
tak sambut ape2 untuk 1 st anniversary..johan bagi frame untuk bubuh gambar amir..aku belanja johan makan je...tu je..menghormati permergian abah tercinta..

Hari ni 5 okt 2009, aku start kerja..setelah bercuti lama..nak build mood baru untuk start kerja...




- Al-Fatihah untuk Arwah abah Tuan Haji Yacob bin Adamsah-




Blog Widget by LinkWithin

::Mama jadi penaja contest::