Monday, October 5, 2009
Home » :: Perginya Abah Tercinta Di Adilfitri ::

:: Perginya Abah Tercinta Di Adilfitri ::


4 syawal 1430H bersamaan 23hb september 2009....Kembali la Abah Tuan Haji Yacob Bin Adamsah keramatullah.Abah milik Allah kami hanya pinjam sekejap...Terima kasih Ya Allah kerna kurnia kan kami seorang abah yang periang, bertanggungjawab dan baik hati.. rindu rasa nak dengar jenaka abah...

Allhamdulilah...abah pergi dengan tenang ..semoga abah di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman...Ya Allah lapangkan la kubur abah dan rahmati la roh abah..masuk kan la abah dalam Syurga Mu yang indah..serta berikan la abah keselesaan dan ketenangan dia sana..Amin.

Abah..demam petang raya pertama.hari raya kedua dia rasa sihat skit ..pergi tahlil untuk jiran dah pergi hospital tgk tok teh. petang raya kedua mula demam kembali.malam raya kedua aku sampai rumah abah dah tak sihat..salam cium tangan n cium pipi abah macam sedar tak sedar je.tp dia tahu aku balik..mak cakap. baju raya aku beli abah pakai pada petang raya pertama..tak dapat tgk pun.tp masa bagi baju tu aku dah minta dia try baju tu...kate nye.." awat baju ni tangan panjang".."ehh jaja beli lengan pendek laa" abah jawab.."memamg la lengan pendek, tangan abah yang panjang" aduh terkena aku..hehehe (petang last day pose).
malam tido banyak kali gak aku jaga dengan abah meracau..mimpi.pagi bangun check suhu ok..demam skit..Bp rendah mungkin dh muntah ..minta check darah utk diebatis abah tak mau..
pujuk punya punjuk..mau juga abah ke klinik.doctor masuk air, tp bila buat ECG doctor ckp jantung abah lemah..doctor dah call ambulance dr hospital taiping untuk ambik abah.abah terus masuk wad kecemasan bahagian kritikal..lama duk situ..degupan jantung abah rendah sangat.duk masuk ubat untuk buka injap yang tersumbat.ada 4 injap, 3 dah tersumbat..
pukul 4 lebih baru masuk wad CCU..sedih tgk abah banyak wayar..tangan pun bengkak skit..

aku teringat nak bagi duit raya kat tangan abah sendiri.allhamdulilah sempat aku bagi..kate abah..bagi la dekat mak buat pe bagi abah..tak mau jaja nak bagi kat abah jugak.mak mertua n bapamertua aku yang on da way balik Kl patah balik pergi tgk abah dekat CCU.malam acik dengan izhar jaga abah..tido malam abg gee, abg shuk n anak buah aku jaga. klu aku x da anak kecik..rasanya nak jugak aku tunggu malam jaga abah.maaf kan jaja abah..

Pagi raya ke 4..aku pergi pasar...mak dah g hospital.pastu ada yang lain plak pergi tgh hari..ptg aku punya shift plak pergi..klu nak pergi mesti ada org lain yg bole jaga amir kan..amir tak leh bawak pergi hospital.mak balik nk solat n mandi..kak yong je ada jaga abah.aku pun bergegas la dengan johan pergi hospital..tp kena g umah mak cik ambik air 7 masjid kate nye.malam td ada minta orang surau baca yassin untuk abah..yelaa untuk bagi abah sembuh..sampai je depan umah mak cik..kak nor call kate abah tak sedar diri..aku pun cari jalan pintas nk k hospital.raya2 ni jem..taping tu.tengah jalan dapat lagi call dari kak nor.." jaja abah dah tak da..." aku tak percaya..meracau2 la aku mcam orang tak sedar...johan pujuk pun dia yang kena marah..maaf kan saya abang..entah...la tak dapat gambar kan apa yang aku buat masa tu..kejap sangat abah dah pergi..adik bawak ubat untuk abah..nape abah tak tunggu adik datang...adik baru balik raya dengan abah..adik tak da gambar raya lagi dengan abah..tahun ni adik raya ada amir dengan johan..adik dah ada family kecik..tgk org lain ada gambar raya dengan abah..jatuh lagi air mata ni. aku sampai tgk abah dah tutup mata..tak gerak dah...lemah lutut nak pengsan rasa nya.

Datang seorg nurse masa aku dengan mak dekat kaunter..dia cakap.."saya ada masa pak cik habis..adik jangan sedih sangat..abah pergi senang je..elok sangat..tak da tarik2. dia minta air dekat saya..saya tanya nk makan roti..dia x mau nak minum je.saya buat 1 gelas susu panas..dia minum sampai habis duduk..pastu dia baring sendiri katil tu guna remote..perlahan2 dia tarik nafas macam org tido..masa tu saya ajar dia cakap Allah ..Allah..dia dah senyap.pastu habis macam org tido je"...Ya Allah terima kasih ambik nyawa abah dengan begitu mudah... Nasib abah dekat muka bumi ni dah tentu..nasib kita yang hidup blum tahu macam mana..mulut ni tak berhenti baca fatihah dan surah al iklas.teman abah pergi lalu bilik mayat..tunggu van jenazah..aku naik sekali van..peluk kaki abah sampai rumah.malam tido kejap..teman abah baca yassin dan Al-quran.

raya ke 5.. mandi kan abah di rumah..usung abah ramai2 k surau ..allhamdulilah ramai yang sembahyang kan jenazah abah..terima kasih semua.dalam pukul 11.30 pg macam tu abah selamat di semadi kan di tanah perkuburan Assam kumbang, taiping perak..

Usia abah 70 tahun..Allhamdulilah..dapat selesai kan tanggungjawab sebagai seorang abah..aku anak bongsu dia sempat dia wali kan hari raya ke 3 tahun lepas.sempat bela aku n amir dalam pantang..sempat tgk cicit sulong anak izhar..sempat ke mekah..dan bergelar Haji.. Allahamdulilah...terima kasih Ya Allah...

Ya Allah panjang kan la usia mak.tabah kan la hati mak untuk meneruskan kehidupan tanpa abah disisi..berikan la mak kesihatan dan kekuatan..mak jarang berpisah dengan abah..tido seorg pun jarang..depan kami adik beradik mak nampak kuat dan tabah..belakang kami..dia duk seorg berlinang air mata..aduh hai..
sabtu lepas aku balik ke KL dengan kaknor..sebelum tu singgah kubur..sempat aku dengar mak mengadu ..."hari ini anak2 semua nak balik dah..tinggal Yang seorang "...cepat yong peluk mak, "yong ada jaga mak..mak..." aduh berat hati aku, kak nor n acik nak gerak...

Amir.. baik..sangat masa jenazah di rumah..macam2 faham2 je dia.. amir demam n selesema skit ..smlm pergi klinik doctor tak mau cucuk lagi..Amir dah 3 bulan..
Johan demam juga..Allahamdulilah sabtu lepas 3 okt 2009 ulang tahun perkahwinan kami..
tapi klu ikut kan 3 syawal..
4 syawal 1429H orang ramai datang rumah kenduri aku kawin..4 syawal 1430 H tahun ni ramai datang rumah berduka...waaa sangat mendalam permergian abah bagi aku..
tak sambut ape2 untuk 1 st anniversary..johan bagi frame untuk bubuh gambar amir..aku belanja johan makan je...tu je..menghormati permergian abah tercinta..

Hari ni 5 okt 2009, aku start kerja..setelah bercuti lama..nak build mood baru untuk start kerja...




- Al-Fatihah untuk Arwah abah Tuan Haji Yacob bin Adamsah-




7 comments:

Mrs. Amie said...

Babe, sedih i baca.. but u have to be strong! same with me, my mom pergi 4 days before raya 4 tahun yg lalu.. and lagi sedihnya, dia kata maybe tue Aidilfitri dia yg terakhir with us.. tapi tak sempat jadi yg terakhir pun.. i know how u feel.. sabar ya.. hanya doa dr kita jer yg dia perlukan skrg... takziah!

Huda said...

aku pun sedih time ko call bgtau tu :(
ni abah aku demam x sihat sgt..aku sentiasa risaukan kesihatannya..abah aku pun dah tua, 60 thn ni.

ko tabahla ek..aku tengok mak ko mmg tabah..

Faryza said...

Mrs. Amie>> terima kasih amie..takziah juga untuk awak walaupun dah 4 thn..sian awak tak sempat raya..at least sy dapat salam raya dengan abah..allhamdulilah

Huda>> mak aku depan anak2 dia tabah kuat sangat...kat dlm hati dia kita tak tau..tp yg pasti..kami nampak dia duk kat dapur nagis seorg2 tak mau tunjuk kat kami.td pagi call dia duk seorg anak buah aku sekolah kul 11.30 pg br blk..dengar suara serak je mcm org br lps nagis.lama2 cakap baru drg suara ok...aduhai..berat hati ni nk blk aritu..

Blossoming Rose said...

takziah~

mazni namaku said...

fariza...
erm..lai baru berkesempatan baca post nie...
touching
takziah ya

Faryza said...

Terima kasih ros n laila....aku baca blk entry ni pun tak tahan...tak leh hbs..rindu pada abah...rasa mcm abah ada kat umah lg...:((

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室

Blog Widget by LinkWithin

::Mama jadi penaja contest::