Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Friday, April 1, 2011
Home » , » ::Cara-cara Kendali EBM ::

::Cara-cara Kendali EBM ::

Salam...

Saya tak pandai sangat laa nak bg tips or cara2.. tapi sy cuba ye..
ini ada lah request dr kak uji anak buah , abang ipar saya dan kawan saya zetty exuniten sesama belajar, jumpa dekat jusco aritu dia mengandung anak no 2.
both pun tgh mengandung anak no 2... dan sangat berhasrat untuk menyusukan anak mereka.
saya sangat seronok dapat berkongsi cerita dan membantu mereka dalam menjayakan susu ibu.



ni set yang saya beli .

saya mengunakan pam spectra 3. saya beli masa mengandung amir konon2 nye dpt bayar 4 kali la dekat butik mydream, package semua sekali rm 599.00 tapi bayar 2 kali je dah bersalin kan.hehehe... Alhamdulilah dr dlm hospital lagi saya guna pam ni.. semangat yang kuat utk bagi amir kolostrum sbb jeles nurse bg FM kat anak sy...eheheh... tp ingat ye.. spectra 3 ada warranty 6 bln. sebelum 6 bulan gie la hantar services, klu tak jd cam sy lambat hantar dh hbs warranty kena bayor sendiri. ni ntah bila nk gie hantar services. spectra 3 (S3) adalah fully electric. mmg saya kena cari tempat ada plug la nk pam kan. ada pam yg bole pakai battery dan electric tapi mahal skit la... huhuuh tp sy tak jenis kena keluar sgt kira ok la.
sekrang ni macam cendawan tumbuh selepas hujan diorg jual pacakege pam. jadi anda ada banyak pilihan untuk buat survey package mana paling murah, hebat dan berbaloi.. baloi..

cuba tgk link ni:


Kembali pada tajuk di atas.
kedua2 nye tanya benda yang sama macam mana nak uruskan susu bila pergi keja..

ok... dari pengalaman susu kan amir dan saya cuba lebih baik lagi untuk azri kali ni dengan banyak mebaca dari blog, forum susuibu dan KIM iaitu group susu ibu di facebook.
1bln sebelum kembali berkerja start ajar anak minum EBM forzen dan fresh. senang nnt bila start kerja.

Alhamdulilah susu azri banyak dari dlm pantang lagi. dari minggu pertama lagi saya dah buat stok. klu ikutkan saya punya plan nak buat stock EBM masa lagi 1 bulan nak kembali berkerja.

ok kita mula dengan hari isnin berkerja.
Ahad 10.00 mlm : keluar kan 2 botol EBM frozen, masuk dalam tupperware isi air masuk blk dalam fridge. macam gambar kat bawah.susu frozen yang di cair kan perlu di gunakan dalam masa 24jam. so jika saya keluarkan pukul 10mlm ahad. 10 mlm isnin dah expired sila la buang.


dalam tupperware to stock EBM untuk dicairkan.
jangan lupa sediakan fresh EBM yang 3 botol dekat belakang tu.

sediakan susu untuk anak anda secukup nya. saya pergi kerja pukul 7 pg blk 7 mlm ada 12 jam bahagi dengan 2 jam kiranya ada 6 kali baby akan minum susu. so saya sedia kan 6- 7 botol 1 hari. macam azri sekrang hanya minum 2.5oz setiap sesi minum susu.




pukul 6 pg saya akan buat sukat susu dan label susu. untuk memudahkan mak mertua saya, saya sukat siap2 susu setiap botol 2.5oz. seperti gambar di atas. label 1,2(1jam), 3, 4(1jam) 5,6, 7
yang ada 1 jam ada lah susu frozen. saya selang2 kan susu fresh dan frozen. susu frozen sy banyak tu saya sedia kan byk. klu ikut kan lebih baik bagi fresh ebm byk dr bg forzen contoh 1 frozen 3 fresh ebm. terpulang pada stock anda.. tp pastikan anak anda dapat susu fresh setiap hari.

Call pengasuh, mak mertua sesapa yg jaga anak anda tanya tentang anak anda , dia minum byk atau skit. cukup tak susu seblum anda blk atau mcam mana ok.

sampai je rumah pukul 7 saya akan direct feeding azri sampai ke pagi sblum pergi kerja. so sblum pergi azri dah minum susu mama direct. lebih kurang pukul 8.30 atau 9pg lps mandi atau sebelum mandi br dia akn start minum EBM.

itu la rutin saya seharian.....hehehehe..

kenapa kena rendam dlm air EBM frozen?
untuk pasti kan suhu susu anda kekal sama dan bila pg mmg susu akan cair.
jangan biar ia dekat luar peti sejuk susu dah berlainan... dan jgn letak dekat poket fridge suhu nye juga berlainan.

kenapa 1 jam??
susu EBM frozen hanya tahan 1 jam bila anda panas kan. mcm ni klu susu anda sudah dipanaskan untuk baby minum pukul 9pg. tapi baby minum tak habis kan.. bole bagi baby minum lagi tp dlm masa 1 jam je. klu dan pukul 10pg baby tak bole minum dah.
untuk susu fresh EBM tahan 4jam. bole juga simpan dlm peti sejuk blk jika baby tak nak minum. atau letak dlm warmer.
Snowbear : Car & Home Bottle &BabyFood Warmer

Maklumat dibawah saya copy dari blog mama Shazura.. idola Susu ibu saya..hehehe
dia juga adalah peer counselor susuibu.com

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Di dalam suhu bilik
(25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
(15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)

3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
(2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di bahagian dingin beku
(freeze)

4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu)
2 minggu

5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
(-18 hingga -20 °C), tahan sehingga 3 bulan

Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Panduan asas penyimpanan susu ibu
(sumber : http://www.momschoice.com.my/)

1.bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

2.catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya (tarikh dan masa: untuk mudah kan kita tahu hayat susu)

3.simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

4.jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

5.susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

6.jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

7.sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar

8.jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

********************************************************************


Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League


Apa saya buat jika azri tidak minum susu frozen bila saya blk kerja. maksud nye ada lebih 1 botol ebm forzen yang tak diminum.??
susu frozen yang tak diminum, saya akan buat basuh muka atau mandi atau siram pokok dilaman... tips utk kasi muka cantik..hehehe susu kambing lagi buat basuh muka.. takan takut pakai susu sendiri buat basuh muka....kan...
pesan org tua2.. jangan buang susu ibu ke atas bara api untuk mati kan api yang menyala... tak baik...... buang susu di tempat air mengalir.... susu ibu umpana air dari syurga...

sekian dulu... pssstt... kak uji dan zetty klu tak cukup or ada tak faham bole email or sms ok...

2 comments:

Unknown said...

terima kasih banyak2 faruza, atas maklumat yg agak lengkap bg sy ni.. sy pun memang tengah cari info psl penyusuan baby ni.. sedang belajar lagi ni. sy dah beli storage EBM dah.. sekarang ni tengah proses nak kumpul EBM plak.

nak tau lah, teats apa yg sesuai utk bottle EBM cam faryza punye ni ye? ni jenis precious mom kan?

willis said...

tq tq tq..tq sesangat..memang berguna sgt info ni..;)

Blog Widget by LinkWithin

::Mama jadi penaja contest::