Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Thursday, October 14, 2010
Home » ::Alahan kepada protein susu lembu (APSL) ::

::Alahan kepada protein susu lembu (APSL) ::

salam..

Rasa terpanggil untuk berkongsi ngn rakan2 tentang APSL.
Sabtu lepas saya ada buat status di Facebook :




ada kawan yang bagi message pada saya untuk ingatkan saya bawaha soya tidak elok untuk anak lelaki kata nye. raya lepas saya ada ke rumah kawan pun berkata begitu kate nye dalam soya ada hormon estrogen. saya rasa terpanggil untuk membuat research dan berkongsi ngn kawan. kepada sahabat saya yang bagi msg terima kasih....


memula kita tgk kenapa baby alah pada protein susu lembu...


Susu ibu: ada lah susu terbaik antara semua susu2 didunia... itu tidak dapat dipertikaikan lagi.
tapi atas sebab2 tertentu ibu tak dapat meneruskan menyusu terpaksa pasrah dah mencuba susu formula...

Susu formula:kita akan mula memberi susu formula dr susu lembu pada anak2 kita kerana mempunyai kandungan protein yang lengkap. tapi apakan daya macam anak saya Amir tidak dapat menerima susu lembu. pertama kali bagi dia minum habis 4 oz lepas 45 min dia muntah , mata merah dan bengkak2... muntah yang kena pada kulit menyebabkan amir bengak2 satu badan. cepat2 saya mandi kan... mmg dia tak selesa sangat.. menangis tak berhenti.. masa tu susu badan masih ada tapi tak begitu banyak. alhamdulilah dia tertido lama juga baru slow2 hilang bengak2.. mmg bertakung juga air mata lihat anak kecil sakit begitu.. masa itu umur amir 9 bulan. saya mendapatkan nasihat dari doctor... supaya mencuba susu soya isomil... tak ramai baby yang APSL mungkin pada umur 3 tahun sistem imunisasi badan akan kuat dh bole terima susu lembu.
Apabila amir berusia 1 tahun saya cuba lagi bagi sampel2 susu fm berasaskan susu lembu... tp masih sama.. mulut mula bengkak. mata mula gatal... nagis muntah...ushhhhh
skrang dh 1 thn 3 bln saya cuba lagi... sbb dia bole plak makan cheese dh banyak makanan dia mkn ok.. so sy cuba lagi.. masih sama , selasa lepas daddy beli biskut cheese mula mulut bintat merah n garu2 mata... aduhhhh.....ai....

Peringkat pertama, reaksi APSL segera, iaitu alahan muncul secara tiba-tiba selepas 45 minit meminum susu.

Antara gejalanya termasuk kolik, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, ekzema, sesak nafas atau bersin.
Reaksi di peringkat yang kedua muncul antara 45 minit hingga 20 jam setelah meminum susu lembu, yang mana antara gejalanya ialah muntah dan cirit birit.

Manakala reaksi lambat pula ialah gejala alahan muncul 24 jam selepas meminum susu seperti cirit-birit, ekzema, sesak nafas dan bersin.

Alternatif terbaik untuk diberikan kepada bayi atau kanak-kanak adalah susu rumusan berasaskan soya yang telah digunakan bagi menggantikan susu lembu sejak tahun 1909 lagi.
Pada tahun 1929, rumusan berasaskan soya telah digunakan sebagai rumusan gantian bagi kanak-kanak yang menghadapi APSL.


“Namun, dari segi nilai pemakanan, susu rumusan berasaskan soya kaya dengan nutrein penting yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

“Sumber protein rumusan berasaskan soya dikenali sebagai asingan protein soya. Ia merupakan protein berkualiti tinggi yang dapat membekalkan sembilan jenis asid amino yang penting bagi memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak,” kata Farah Diba Khan dari Pusat Perubatan Menara Berkembar KLCC.


Soya ada hormon estrogen ????


para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:

* kembung perut,
* kekurangan asid amino,
* kerosakan pankreas.

disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang.


maka nye soya yang dlm kotak tu tak elok...

kena laa buat sendiri air soya atau beli ngn orang jual kat pasar malam ke kan..

klu betul soya tak elok..... kita tak leh laa makan tempe n kicap itu pun berasaskan soya kan...

Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially).tapi tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian.

ini apa yang saya faham dari research saya... waAllahmualam.....

sumber : http://abimuslih.wordpress.com/2008/11/12/susu-soya-bagi-bayi-alahan-protein-susu-lembu/
http://farhanisblog.blogspot.com/2010/09/ada-sesape-yg-suka-soya-di-sini.html



4 comments:

Mask-roll said...

betul la tu mama...soya x baik tuk bb boy... lame dah tau mase anak buah aku dl.. ade doc gtau kat kakak aku...

mmg tempe elok...sbb fresh n xde proses2 yg dibuat mcm kat kilang tu... tempe elok untuk kulit & etc...

-berbangga aku keturunan jawe kerana x lepas dgn tempe...hahahah-

Faryza said...

emmm... tgk juga laa soya kotak tu yg tak elok...dr ape yg aku baca..laa

emmm org yg tak ada anak dia alahan mmg laa senang ckp itu ini.. ada bukti ke susu isomil or bebdk yg APSL jd femini?
klu ada tentu dh byk ... sbb dr thn 1909 lagi dh ada kes cam tu.. leh kot kita tny kat sesapa yg anak lelaki dia femini ,adakah mak dia bg minum susu soya masa kecik?

mekchu said...

kalau anak cirit birit, doktor soh minum susu isomil tu kan.. tp kalo budak yg dah biasa ngan susu lembu, konpem dia tak nak minum susu isomil tu.. moga amar tak alah lagi bila dah masuk 3 thn nnti.. tp lagi cpt lagi bagus.. thanks for the info..

Faryza said...

Hai.. mekchu..
terima kasih ye sudi melawat blog ku yg br nk active...heheh
ha ah bagi baby yg cirit-birit pun minum isomil tp kejap je la..
harap nye begitu laa.. amin.. tq ye..

Blog Widget by LinkWithin

::Mama jadi penaja contest::